Posts

LGBT: Aku Keliru! Kembali kepada Fitrah

  Semalam saya berkesempatan berkongsi sedikit ilmu yang ada kepada pelajar di IPG Bangi berkaitan tentang isu LGBT. Isu LGBT adalah isu sejagat, yang tidak dinafikan melanda seluruh dunia. Betapa besarnya cabaran remaja/individu dewasa ini dengan pelbagai dugaan kehidupan dan pendedahan cara hidup yang pelbagai, pelik dan menyimpang.  Saya berpengalaman mengendalikan beberapa kes yang melibatkan golongan LGBT. Kebetulan, semua yang saya temui beragama Islam dan berbangsa Melayu. Saya dapati, konflik dalaman golongan LGBT yang dibesarkan oleh nilai agama akan mengalami konflik dalaman yang lebih serius berbanding individu yang mungkin dibesarkan dengan kebebasan nilai dan kurang didikan agama, atau barangkali dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang berfikiran bebas dan terbuka.  Timbul persoalan, lantas bagaimana kita menyantuni mereka? Perlukah kita bersifat keras, melabel dan memulau? Memberi satu bentuk tekanan untuk mereka berubah? Bagi seorang kaunselor pula, bagaimana pendekata
Recent posts